CIKGU, ANUGERAH TERINDAH



 “Rosy nak jadi apa bila besar nanti? Pertanyaan guru kelas darjah satu pada tahun 1976 masih terngiang-ngiang hingga sekarang.’

“Saya nak jadi cikgu”. Jawabku penuh yakin.

“Kalau tak dapat jadi cikgu?

“Saya jadi polislah cikgu”

“Kalau tak dapat jadi polis?

“Emmm… saya jadi doktor!!!”

Cikgu hanya menulis cita-citaku di dalam buku laporan kemajuan. 

Itulah cita-cita pertama yang keluar dari mulut Cikgu Rosy yang akhirnya menjadi nyata. Alhamdulillah, hari ini 7 Disember 2022 adalah hari yang penting dalam hidup Cikgu Rosy setelah termotivasi dengan kata-kata Cikgu Suffi Youtuber Manager Akademi Youtuber. 

Dalam blog ini in shaa Allah Cikgu Rosy akan kongsi perjalanan hidup Cikgu Rosy sebagai guru.  Jumpa lagi nanti. Salam perkenalan dari Cikgu Rosy kepada semua dan yang tercari-cari minat sebagai guru.



Previous Post Next Post